JUARA PIALA DUNIA 2010,TEAM MANA PASUKAN ANDA

Ahad, 25 Julai 2010

KONGRES FAM KE 47

Tu dia belum bermula kongres dan pemilihan pegawai2 Fam penggal 2010-2014 dah macam2 kita dengar cerita2 yang kan membawa FAM tak kemana,,masing dah melobi dan dah mula buat kenyataan akhbar dan mulah mereka berbagai bagai cerita..
Camtulah bila ada pemilihan,,masing2 nak rebut jawatan.. bila ada jawatan keroje tak tahu buat..Pasukan Malaysia camtu juga..makin merosot..mungkin akan cecah pasukan ke 200 dunia.
Ha ha ha..kita tunggu lah sapa yg akan teraju FAM..gua ingat semua pegawai dari atas sampai bawah lebih baik undur diri lah..beri muka2 baru pulak..mana lah tau ada perubahan..
Kalau yg dah terlalu lama tu faham2 lah..undur dirilah...peminat2 pon dah naik menyampah melihat team Malaysia tak ada kemajuan...

JUARA BERKALI-KALI..SUPER WOMEN


Nicol David Super Women lah....takda athlit dunia yg bolih menandingi Nicol memenangi terlalu banyak pertandingan diseluroh dunia...satu kebolihan yg dianugerahkan sehingga kesemua pertandingan dimenanginya..
Hari ini terbuka Malaysia ke enam yg dimenanginya mengalahkan pemain no 2 dunia dari England Jenny Duncalf...syabas Nicol pemain dunia yg tersohor..
Juara lelaki dimenangi olih Azlan dgn menundukan pemain pilihan ketujuh dari Mesir Tarik Momen. Hebatttt pemain Malaysia.

Rabu, 21 Julai 2010

DROGBA KE MANCHESTER CITY

Pemain yang gua menyampah ,,pasai selalu berlakon dlm kotak penalti,,akan berpindah dari Chelsea ke Manchester City dengan yuran sebanyak RM97.5 juta..
Wouu banyak nya duit,,bayangkanlah gaji dia sehari berapa.
Tu la lu orang tak mau main bola,,asyik main goli jer..

MALAYSIA MENANG 3-0


WOUU..Team Malaysia semalam telah berjaya menewaskan pasukan kelab dari Beijing Guoan Talent FC..hehehe pasukan kelab jer rupanya..takpalah walau bagaimanapon tahniah buat pasukan Malaysia..walau pon hanya perlawanan persahabatan.
Penjaring gol Msia terdiri dari Norshahrul 1 gol,Aidil 1 gol, Zaquan 1 gol.

Ahad, 4 Julai 2010









Seperti yang gua duga The Matador (Spain) akan menewaskan Paraguay menjadi kenyataan seterusnya melangkah keseparuh akhir..walaupun menang tipis sudah cukup untuk mengejar impian seterusnya. Pemain Paraguay meraikan saat2 duka kerana gagal meneruskan perjuangan.

KEGEMBIRAAN DAN TANGIS

ARGENTINA KENA BELASAH

Gua kesian tengok Maradona sedih kena belasah ngan German 4-0 tuu..nyorok dia kat belakang player tu..,takpa cuba lagi lain tahun....

Jumaat, 2 Julai 2010

HAMPA DAN KECEWA

Bintang POrtugal Ronaldo kecewa kerana gagal membawa pasukan nya keseparuh akhir setelah tewas ditangan Spain...Ha Ha hA..rONALDO,,,tak terdaya nak gentel bola,,.kesian dia,,belasah Korea 7-0 tu apa lah nasib dia ari tu.. Apa lak tak dapat terima hakikat beb,,dah bungkus tu balik je lah..Adios jumpa 4 tahun lagi laa jawabnya...Sori to peminat Ronaldo.....

SYABAS JEPUN

Walaupon tewas ditangan Paraguay 3-5 dengan tendangan fenalti,, Jepun telah berjaya menunjukan permainan yang menarik dan patut dibanggakan. Dengan kekalahan Jepun itu tamatlah cabaran negara asia di pesta itu. Ini kali kedua Jepun sampai kesuku akhir.

TU DIA HERO SPAIN

David villa menjadi hero spain kerana menyumbat sebiji gol dan menewaskan Portugal 1-0, sekali gus menempah tempat kesuku akhir.,dia kini sebagai wira apabila tendangan nya diminit 63 mencecah jaring.Jaringan ini yg ke4 bagi nya disepanjang Piala Dunia ini. Kini dia menburu kasut emas sebagai penjaring terbanyak.

Rabu, 30 Jun 2010

GUA MASA KAT CHINA

S
Sori la beb,gua lama tak update blog ni,pasai gua kena kerja kat China laa. baru balik, world cup pon banyak mis la, ni baru nak update balik..Gua cite lah sikit pasai beijing la ha..Gua lama kat sana la,,hari2 makan sayur laa,,kat sana susah nak jumpa China gemok2 tau,,pasai dia orang ni kuat makan sayor,,nasi sikit je,,banding ngan Msia negaraku ini punya lah ramai org gemok..
Lagi satu lu nak jumpa polis pun payah laa...kat pekan depa pon polis takda,yg ramai kat kat Dataran Tien Me, parlimen dan kawasan Kementerian. Kat sana takdak kes ragut, ugut, mat rempit langsung takdak,,kita nak cari yg muda2 tak kira pempuan lelaki bersidai kat komplek jgn harap nak jumpa..(tak macam tempat kita noo..bersepah)..Depa undang2 ketat tu pasai jenayah kurang,,
Motor besaq takdak,,depa banyak pakai motor kecik2 ja,,motor banyak pakai bateri,,basikal banyak pakai enjin campor kayuh..lu orang takkan dapat dengak bunyi remmm...kat sana,aman rasanya jalan kat town depa,,jalan besaq2, bas panjang sambung dua jadi satu,,bas guna letrik pon ada,,kereta pakai spotrim takda,,exzos besaq takda,,depa semua kereta biasa jaa,,dak macam kita sini habih semua tukak..,
Tu la orang kata negara kominis.,,tapi takda apa pon,biasa saja..,barang2 murah tapi nak pandai tawak,,sama macam beli barang kat petaling street..,depa dalam komplek pon kena tawak menawak,,tak da harga net.,tapi semua barang tiruan la..tapi ok jugak la..,
Cu yang susah kat sana nak membuang dan melepass,,ayak takda.,hang masok tandas kena bawak ayak dlm botoi..,itu aja yang susah,,lain ok.. Lu orang kalau ada pulus pi la melancong sana seronok jugala,,gua pi pon pasai kerja kalau dak tak sampai.,pulus nipis camna nak gi..
Okla kawan2 semua mulai esok gua try update balik blog ni..selalu2 lah lawat gua ok...

Khamis, 3 Jun 2010

ASHWAD ISMAIL DIBEBASKAN ISRAEL..



Ashwad (gambar) atas ialah wartawan Astro yg mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza telah dibebaskan olih Israel begitu juga dengan yg lain2..berita ini telah dapat melegakan sedikit keluarga beliau,, Ashwad sempat berbual menerusi telefon dengan ibu nya selama 15 minit..
Mereka2 yg berjasa begini lah yg sepatut nya diberikan penghargaan dan anugerah yg mana sanggup berkorban nyawa demi Agama Bangsa dan Negara..adalah diharapkan pemimpin2 diatas sana bukak mata dan telinga.....(tak sudah2 menjunjung artis..)
Gambar 2 wakil pimpinan PAS diketuai Dato Mahfuz Omar melawat keluarga Ashwad dikediman mereka diLorong Kg PIsang Jalan Kancut.
Pimpinan PAS sempat mengadakan majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat..
Semoga Ashwad dan yg lain selamat sewaktu menjalankan misi ini dan selamat kembali..Aminn.

WALCOTT KECEWA TERSINGKIR...


Walcott telah disingkirkan dari skuad England,,beliau merasa kecewa tidak dapat membantu England di Piala Dunia 2010 kali ini..England ni masih juga dengan pemain2 tua mereka sama lah cam Malaysia..Gua tengok Walcott ok la masa lawan Mexico dan Jepon..dia muda dan pantas lak tu..yo lah pengurus dia lagi pandai ya takk...
Haiii..ada harapan ke team gua ni menang...

SELANGOR HAMPIRI JUARA


Wahhhh..pasukan gua Selangor menang lagi membenam Johor 2-1 ..dan memungut 3 mata lagi yg menjadikan nya 53 mata..Gol2 Selangor dijaringkan Amri Yahya minit 29 dan gol kedua olih safiq Rahim minit ke 59..gol Johor jaringan L Ragesh minit 71...
Gua yakin lah selangor dah tentu Juala Liga Super tahun ni..nampak nya pasukan lain tak terkejar lagi hanya Kelantan yang hampir ketinggalan 8 mata...payah tu...
Kawan2 yg penyokong pasukan lain jangan marah ha...

ALAMAK....GERRARD MAHU KENA JUAL LAAA..


aISEHMEN Gua punya favourite player kat Liverpoll dah nak kena jual ler...dibeli olih Real Madrid..tak tahu lah berapa ringgit..habis lah Liverpol musim depan..makin terok lah nampak nya...dah lah musim lepas hancus...pengurus ni beli player tak betul la..tak bagus pon pi beli..gua ingat kalu gua pengurus depa mesti meletop nya..he he he gurau je..

JERMAN TANPA BALLACK


I'm sorry..pada lu orang kalau ada yang meminati Jerman ..he he I'm sorry ,,tengok ler gambar tu pemain harapan Jerman dan selaku ketua pasukan nampak nya duduk tepi padang je la..terjejas lah peluang Jerman nak jadi juara..
Sebenar Jerman ni bagus jugak la..sejak 1982 Jerman rekod yang baik mesti sampai pusingan separuh akhir..tapi kali ni gua agak Jerman tak bolih pi jauh lah..jangan marah penyokong Jerman..he he..walau bagaimanapon gua harap Jerman akan jadi favourite kali ni...

Selasa, 1 Jun 2010

SUDAH KENA SERANG !!!

Gua alih sikit tumpuan Bola Piala Dunia kepada berita terbaru yg hangat dibincangkan kini yakni Kapal Bantuan Kemanusiaan menuju ke Gaza telah diserang olih LAKNATULLAH Israel..
Seramai 12 orang rakyat Msia belum diketahui nasib mereka..Dalam serangan tersebut 16 orang telah terbunuh dan berpuloh puloh lagi cedera..

Apalah nasib mereka diwaktu ini..kesian kepada sukarelawan sanggup berkorban nyawa,,yang sanggup meninggalkan anak isteri demi membantu umat Islam diGaza,,dalam masa yg sama ada pulak manusia2 dinegara kita yg dicintai ini bersekongkol dengan Israel..

Memang lah Israel ni amat zalim,,tiada perikemanusiaan,,macam bi_ _t_ _g,, mengapalah umat Islam kat dalam dunia ni tak mahu bersatu menentang Israel ni..telah berbagai kemusnahan yg dilakukan terhadap umat Islam...sedih pilu kecewa marah geram tapi apa kan daya ku hanya insan yg lemah tidak berdaya, tiada berkuasa,,hanya yg dapat ku pohonkan kehadrat Allah supaya dihancurkan Israel ini dan hapus dari pada peta dunia..Sama2 lah kita berdoa..Aminn
:Gambar sumber Malaysiakini: ..Adios

Sabtu, 29 Mei 2010

JUDI BOLASEPAK, RAKYAT TERUS PROTES..







Haa..tu dia gambar2 protes rakyat Malaysia yg cintakan negara, agama dan bangsa..mereka telah berdemo dan memprotes judi bolasepak..marilah kita sama2 menyokong tindakan mereka ini..mereka tidak sanggup melihat dan membiarkan judi berleluasa diMalaysia,,semangat beginilah yg kita mahu dari rakyat,,apakah Malaysia mahu menjadi Las Vegas..
Penang telah mengharamkan judi bolasepak,,di ikuti oleh Selangor dan Kedah juga akan mengambila tindakan yg sama..apa kata lu orang,,kita ena joint beb kalau ada protes ini ditempat masing,,turun ramai2 nyatakan bantahan,,kalau dak depa kat atas tu tak kan dengar beb,,depa gila duit/mata duitan..jgn ada antara kita yg menyokong depa beb,,berdosa,,kita dah lah susah hidup lebih kurang macam ayam kais pagi makan pagi,,kais ......,,
Kita tak main judi pon bolih hidup,,tak payah ikut depa,,biar hidup susah gaji kecik takpa,,asalkan duit tu berkat,,duit judi ni tak berkat,,menang banyak mana pon duit tu haram,,ada ka kawan2 ku nak bagi makan kat anak2,,isteri,,ibu bapa,,jangan beb,,jadi darah daging.
Aku heran lah hingga saat ni depa buat diam ja..dan Menteri2 yg bertanggung jawab pon senyap jer..buat pekak telinga..depa dah bisu,. Ulamak2 pon tak dengak bersuara, apa kah mereka semua ni dah kena syndrom bisu.,,gua menyeru kat mereka ...WAHAI ULAMAK2 SEMUA BERSUARA LAH KAMU.,MENGAPA KAMU SEMUA DIAM MEMBISU.,KATAKANLAH YANG BENAR WALAUPUN PAHIT.,KERNA ITU LAH YANG SEBAIK2 DISISI ALLAH..
Ingat lah harta dunia yg bertimbun2 tu tak bawa mati,,kedudukan dan pangkat yg tinggi tu pon tak bawa mati...masa mati masok kubur takda pak imam sebut ponnn,,semua tinggal kat dunia ni..tak kira besak mana pon pangkat Tan sri,,dato sri kaa,,dato paduka kaaa..tun kaaaa,,semua kena tibai dek malaikat..
Malulah la kat Lim Guan Eng tuuu,,dia pon haramkan judi kat Penang,,apa nak jadi dengan bangsa ku ini,,selogan macam2 ada,,,gua tak tulis laaa..lu orang semua tahu kan...
pikiak lah sama2...Adios




Jumaat, 28 Mei 2010

STADIUM SOCCER CITY - AFRIKA SELATAN


Stadium yang dikenali STADIUM SOCCER CITY ini lah yang bakal menjadi tumpuan pembukaan perlawanan pertama antara Afrika Selatan melawan Mexico pada 11 Jun depan.
Stadium ini dibena diatas bukit diantara Johannesberg dan Soweto yg bolih memuatkan penonton seramai 94,700 orang,,.ia dibina mengikut warna dan bentuk seperti Calabash atau mangkuk yg digunakan di Afrika Selatan.

Asalnya Stadium itu dikenali sebagai Stadium FNB yg bolih muatkan 80,000 penonton dinaikkan taraf dibahagian tempat duduk atas, bumbung, serta penambahan kemudahan untuk pemain dan juga lampu limpah.

Stadium City akan menjadi venue utama,,perlawanan suku akhir kedua dan perlawanan akhir yg dijadualkan pada 12 Julai...Adioa,,.

WAYNE ROONEY - ENGLAND


Nama - WAYNE MARK ROONEY
T/Lahir - 24 October 1985 (24 tahun)
Tpt Lahir - Liverpool England
Tinggi - 1.78m
Posisi - Striker
Kelab Remaja Everton - 1996 - 2002
Kelab Senior Everton - 2002 - 2004
Kelab sekarang Manchester United - 2004 (hingga kini)
Pasukan Kebangsaan England.
Rooney seorang pemain yg berbakat dalam permainan Bolasepak moden,,yuran perpindahan yg tertinggi bagi remaja seperti beliau perpindahan dari Everton ke Manchester,,.menerima anugerah Pemain Terbaik Premier League.
Menjaringkan 34 gol di Premier League. Masaalah kecederaan telah menyebabkan dia tidak dapat bermain beberapa perlawanan dgn itu menjejaskan jumlah jaringan gol. Beliau mendapat pengiktirafan sebagai pemain bola sepak Inggeris,,.
Kempen Piala Dunia 2010 Rooney adalah aset penting bagi pasukan England skuad yg diberi jolokan The Three Lions itu kini mahu memburu kejayaan buat kali kedua sejak edisi 1966. Pencapaian sewaktu bersama MU memenangi Gelaran Liga tiga musim berturut2, ia itu 2006/2007, 2007/2008, 2008/2009. Beliau juga membantu MU muncul juara kempen Liga Juara Juara musim 2007/2008.
Adakah Rooney akan cemerlang di kempen Piala Dunia 2010 ini,,sama2 lah kita saksikan aksi beliau nanti..Adios,,.

Khamis, 27 Mei 2010

KAKA - BRAZIL

Nama - Ricardo Izecson dos Santos Leite
T Lahir - 22 April 1982 (28 tahun)
Tpt Lahir - Brasillia
Tinggi - 1.86m
Posisi - Pemain tengah / penyerang
Kelab kini - Real Madrid
No JC - 8
Kelab lama - Sao Paulo FC - 2001 - 2003
- Ac Miman - 2003 - 2009

Ketika ini beliau dianggap salah seorang pemain terbaik dunia. Kaka menandatangani kontrak pertama nya pada usia 15 tahun dan memenangi Copa de Juvenil bersama tim junior Sao Paulo pada tahun 2000.

Kaka pernah mengalami patah tulang belakang ketika berenang dan hampir lumpoh,,namun dia telah semboh,,ia menilai kesembuhan nya kerana keteguhannya dalam beragama. Olih kerana itu dia menjadi seorang dermawan selalu menyumbangkan wang untuk gereja,, beliau juga mengenakan sepatu sepak bola atau kaus dalam yg bertuliskan ' I Belong to Jesus'..Selain itu dia gemar dgn muzik rohani.

Sejak November 2002 Kaka menjadi duta PBB dalam program melawan kelaparan.
Milan membelinya dgn harga Rp85 miliar dari Sao Paulo pada tahun 2003,,harga yg digambarkan olih Presiden Milan sebagai 'Kacang'.

Setelah pindah ke Milan Kaka memenangkan lebih dari 20 penghargaan termasuk Ballon d'Or, pemain terbaik versi FIFA dan pemain terbaik seri A.
Kaka juga terdaftar diantara 100 orang yg berpengaruh didunia pada tahun 2008 olih versi Majalah Time...Adios

Selasa, 25 Mei 2010

FERNANDO TORRES - SPAIN



Nama penuh -FERNANDO JOSE TORRES SANZ
Lahir - 20 Mac 1984 (26 tahun)
Tempat lahir Madrid Spain (Fuenlabrada) di satu pinggiran bandar besar selatan Madrid.
Tinggi 1.86m. (6 kaki lebih tinggi tuu.)
Posisi Striker
NO Jc 9
Kelab dulu 2001 - 2007 Atletico Madrid
Kelab kini Liverpool
Tidak banyak pencapaian yg di kecapi oleh beliau..pada usia 17 tahun menjadi pemain termuda untuk Kelab Atletico Madrid, 2 tahun kemudian mejadi Kapten termuda bagi Kelab berkenaan.

Isnin, 24 Mei 2010

CRISTIANO RONALDO - PORTUGAL


Hello geng,,sementara menanti tiupan wisel World Cup bermula baiklah kita imbas kembali pemain2 tonggak pasukan2 yg bertanding..dapatlah peminat2 mengenali serba sedikit darihal pemain2 yg diminati..untuk itu gua mulakan dengan Ronaldo..

Nama Penuh - Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro (nama berputar lidah nak sebut)
Tarikh Lahir - 5 February 1985 (umor 25 tahun) (muda lagi.)
Tempat lahir - Funchal, Madeira, Portugal
Tinggi - 1.85 m (6 kaki lebih tuuu..)
Posisi - sayap ( dia tak bersayap)
Kelab - Real Madrid
No JC - 9

Kelab remaja . .1993 - 1995 Cf Andorinha..1995 -1997 CD Nacional,, 1997 - 2001 Sporting cp

Kelab Senior...2001 - 2003 Sporting cp...2003 - 2009 Manchester United...2009 Real Madrid
Pasukan Kebangsaan Portugal.

Jaingan gol semasam MU - 118 GOL.

Antara piala yg dimenangi;
Pemain Terbaik Portugal 2006 - 2007
Pemain Muda Terbaik PFA 2006 -2007
Pemain Terbaik undian pemain PFA 2006-07, 2007-08
Pemain terbaik undian peminat PFA 2006-07, 2007-08
Pemain bolasepak terbaik FWA 2006,07-08
Pemain terbaik Barclays 2006-07, 2007-08
Kasut Emas Barclays 2007-08
Kasut Emas Eropah 2007-08
Pemain Penyerang Terbaik Kelab Uefa 2007-08
Pemain kelab terbaik UEFA 2007-08
Pemain terbaik Dunia FIFP- 2007-08
Pemain terbaik dunia FIFA 2008

Fuhhh banyak anugerah yg dia dapat..

INTER MILAN JUARA UEFA CUP

Sorila geng lambat update..hari ini sibuk lah banyak keroja..seperti yg diramal olih ramai peminat Inter Milan telah berjaya mengalahkan Bayern Munich 2-0 dan menjadi juara Piala Uefa 2009/10..

camtu lah permainan bola yg menarek kita tonton,,tak ler macam tonton team tuuu...yang pangkal nya bermula dengan 1M_ _ _ _ _ _ a..

Sabtu, 22 Mei 2010

JADUAL PIALA DUNIA 2010

JADUAL PIALA DUNIA 2010
KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN..



KEDUDUKAN PASUKAN (GROUP)


KLIK UNTUK TUMBESARAN YANG HEBAT!! HEHEHEHE..

DAH KALAH MENYALAHKAN ORG LAIN

Hallo..hallo..hallo BAM dan pemain2 Badminton Thomas Cup..Hallo dah kalah tu dah lah jangan lah nak cari kesalahan org lain lak,,apa ni tak gentlemen langsung la lu orang,,kenapa lak nak tibai media lak ni..lu orang yg main macam sutun ...mula la gua anginnn ni..kita dah sokong bagai nak rak,,media dah bagi publisiti dan semangat..aleh aleh nyalahkan pihak lain..

OOiii BAM,,lu orang kalau dah terdaya dan kalu dah tak mahu tanggung jawab,,lebih baik la letak,,letak,,letak JAWATAN bagi peluang kat orang lain lak pimpin..gua ingat kalu lu orang sampai bila pon pemain tak meningkat,,gua dah cakap pegawai sukan kat Negara yg kita cintai ni tak kan letak jawatan,,depa nak gak pegang jawatan sampai bongkok dan sampai ko_ol..

Kepada pemain pulak kalau dah kalah jgn salahkan orang,,kena sedar lah yg lu orang betul2 bolih main malam tu,,gua tengok menyirap darah,,main serupa sutun,,lembik,,lembab,,lebih baik gantung je reket tu pi main bola padang jer la...senang golekkan bola atas padang,,permainan yg paling mudah dlm dunia..gua dah cakap banyak kali lu orang memang tak bolih main,,dua tiga orang jer player yg bolih harap,,yg lain2 tu sedar lah diri...(tu pasal gua tak mahu komen badminton ni,,kasak sikit bunyi nya..)Adios

LIGA JUARA2 AKHIR

Kepada yg minat nak tonton Liga Juara Juara,,jangan lupa nonton aksi mereka pada awal pagi 23 May 2010 jam 2.30 pagi pertembungan antara BAYERN MUNICH vs INTER MILAN.
Perlawanan yg menarik kedua2 pasukan mempunyai pemain handalan seperti Eto dan Arjen Roben..

Lu org tidor dulu kejap pas tu bangun pukol 2 bancuh kopi o sekoleh dan biskut kering..baru celik biji mata..kalau dak jawab nya TV tengok lu la dah berdengkur..he he..Adios

BOLA..BALL,,BOLA...BALL..

Lu org tau tak BS (bolasepak) ialah satu permainan sukan yg paling banyak dimainkan dan ditonton dalam dunia ni beb..sebenarnya permainan yg mempunyai ciri2 BS telah ujud sejak abad ke 3Sm di negeri China.



Kat UK sekolah2 dah mainkan BS ni sejak abad 19,,tapi permainan yang berbeza mengikut sekolah masing2..lama kelamaan jadi popular..olih sebab tu beb,,tertubuh lah Persatuan BS England pada 1863 olih beberapak kelab BS. Lepas tu dia org nilah yg buat undang2 BS yg pertama kat dunia ni..seterusnya berkembang sikit2 dengan beberapa ubah suai akhirnya undang2 tu lah yg dipakai hingga ari ni..



Pada abad ke 20 BS makin popular dan menjadi satu industri..melalui hak siaran TV dan hasil jualan tiket kini ia menjadi industri yg lumayan beb..maka berjuta juta lah peminat kestadium untuk menonton pasukan pilihan mereka dan berbilion bilion pulak nonton kat TV..



Mengikut kajian yg dibuat olih FIFA lebih drpd 240 juta org main BS daripada 200 negara diseluruh dunia..undang2 nya mudah dan hanya memerlukan peralatan yg minima itu yg mendorong kpd popularitinya...dan kini menjadi satu sukan no 1 popular didunia.



Pertandingan terbesar dlm BS ialah PIALA DUNIA FIFA yg dijalankan 4 thn sekali..lebih dari 190 negara yg beranding diperingkat awal mengikut zon sebelum ke peringkat akhir. Diperingkat akhir sebanyak 32 pasukan yng bertanding..Brazil yg paling menjuari Piala Dunia sebanyak 5 kali..

Jumaat, 21 Mei 2010

YO..YO..PIALA DUNIA KEMBALI LAGI

England Team..


Maka bergegar dan riuh rendah seluroh penduduk dunia menantikan tarikh 11 Jun 2010,,bermula nya tiupan wisel piala dunia yang ditunggu2 selama 4 tahun.

Rakyat Malaysia pon sama sama lah berpekik riang..mamak2 pon dah ready,,ada yang dah panggil teknisen dok repair screen gergasi depa,,keluar modai dulu pon takpa nanti nak masyukkk banyak ni,,maka penuh disetiap restoren mamak dimana saja..dia orang pandai ambik kesempatan ,,mamak tokeh tu senyum je tengok pelanggan yg ramai,,tokeh2 printing pon masyukkk,,semua benda mesti ada gambak bola,,t.shirt,beg,payung semualah sampai kan kotak mancis pon ada gambak bola..gitu lah hebatnya Piala Dunia..org kita camna ..apalagi dah tentu lah sampai pagi..sambil tengok kena teh tarik sampai kembong perut..(shuuutt..jgn lupa solat subuh ha..) pi kerja pon mula lah lambat,,MC pon banyak laaa..

Gua pon ada lah sesekali ngan members pi tengok kat mamak...gua lebih suka tengok kat umah je..tersandak atas katil,,TV Plasma nipih 32" tergantung nun kat dinding,,bancoh sekoleh kopi o,,tak payah kopi putih..biskut kering satu balang,,kalau dak keropong kelate satu balang,,fuhhh baru lah syokkk beb..sampai pagi terbeliak bijik mata...esok pi kereja lum tahu lagi..inform late ka..MC ka..tuang ka..habih produktiviti menurun satu bulan,,semua sangap ja kat ofis..lu orang camna....jangan curi2 tidok dalam setor lak,,ramai yg macam tu kan,,kalau yg terkena tu jangan marah ha...

Gua nak ngomel panjang ni...Team pilihan gua tak lain ENGLAND la beb..gua dari dulu memang suka kat depa tak tahu kenapa..walau pon gua tahu payah depa nak jadi juara,,lu orang camna mesti ramai yang suka Brazil kan..gua ingat kali ni Brazil tak bolih juara laa..jangan marah penyokong Brazil ha...Argentina pon xboleh,,France pon xbolih,,German pon xbolih,,Italy pon xbolih,,Spain pon xbolih,,abeh tu sapa yg bolih?? Jawab nya ENGLAND laaa JUARA,,tak caya ke?? sama2 kita tungggu nooo...
Banyak gua nak ngomel pasai bola ni,,tapi hari pon dah 2pagi,,gua ingat nak cauuu dulu la lain kali gua sambung ngomel lagi yaa..Ingat pesan gua jangan joint judi tu ya..buat apa bagi Vincent se Tan tu jadi kaya raya...Adios

Selasa, 18 Mei 2010

PELIK JUDI DAH HALALLLLLL ! !

Ni lagi satu beb,,gua pelik dan heran betul lah dengan Menteri2 kat negara yang kita cintai ni,,gua tak cinta Menteri tapi Gua cinta Negara Gua,,tadi pasal nama Mokhtar,,yang pun kerja Menteri2 bengong ni,,lu tau ka beb,,sekarang ni judi dah HALALLL,, Menteri2 bengong ni dah luluskan lesen JUDI BOLA SEPAK,, apa ni bebb,,

Apa nak jadi laaa dengan Negara kita bebb,, yang haram dah dihalalkan,,gua takut bebb nanti Tuhan turunkan bala semua kena beb,,alasan dia orang nak mengelak dari judi haram,,ada lak menteri lain yg sokong tu,,punya lah bengong,,kalau camtu tak lama lagi akan di berikan pulak LESENuntuk PELACUR ,,,( untuk mengelak dari pelacur haram),, lepas tu lak keluar lesen untuk kaki minum arak (alasan nya samalah untuk mengelak arak haram)..

WHAT SAY U ALL BEB!!!!! kita memang takda kuasa nak melawan dia orang,,tapi sekurang nya kita kena kata yang kita tk setuju,,paling tidak pon kita kan bolih tulis,,jadi kita tulis lah dalam blog bagi tahu kat kawan2,,,kita jangan bersubahat beb,,dosaaa..

Gua heran la dia orang ni tak takut dosa ke,, lu tau beb esok yg main judi tu orang Melayu lah yang ramai kan kan kan,, yang bertambah kaya VINCENT TAN,,
kaki judi kena tambah budget untuk main judi bola lak,,dah lah setiap minggu berderet beratur kat kedai TOTO,MAGNUM,KUDA,,lagi apa,,gua lupa.....

Mana ada orang kaya main judi,,semua jadi papa kedana,,kalau main judi bolih kaya,,baik Tuhan suruh beli nombor ekor,,kan Tuhan suruh berusaha kalau nak senang,,dah berdoa berusaha lepas tu tawakal kepada Allah,,Insyaallah Tuhan makbulkan,,lambat cepat itu kerja Tuhan sebab mesti ada dugaan dan cabaran,,yang penting yakin...

Tu la gua heran dengan Menteri2 Islam kat negara kita ni,,Ulama2,,pemuda umngok,,pekasa,pekasam,,apa lagi,, Jakim Jais,, macam2 Ja lah,,tapi semua nya karut mengarut,,subahat,,takut nak bersuara,,semua ada kepentingan diri,,bodek,,kipas,,kipas helikoipter,,kipas satay,,macam2 kipas lah dia orang pakai semua nya sebab harta dunia,,
lu orang ada tak dengar sajak ni..,,,AKU BUKAN MENCARI HARTA BERTIMBUN,,YANG KU CARI AL-GHAZALI'''' lebih kurang camtu lah bunyi nya,,,PORAHHHH,,

Sama sama lah rakyat Malaysia yang cintakan negara berdoa supaya lesen tersebut dibatalkan,,selamat poket dan rakyat Malaysia..
ADIOS...

PELIK TAPI BENAR !!!!!!

Gua baru je ngomel pasal SUPERMOKH,,Lagenda Bola Sepak Negara,,Mokhtar ni main BOLA,,BOLA,,BOLA,, bukan main FUTSAL,,.Mokhtar tak kenal pon Futsal..zaman dia mana ada FUTSAL,,

Lu orang tau nama padang Futsal kat Putra Jaya diambil nama Mokhtar untuk dinamakan padang Futsal tersebut..ade ke patut,, Bola sepak takda kena dengan Futsal,, tulah kalau ada Menteri yang ngok ni ,,pandai pandai dia je,,suka suka dia je,,betul la gua bengang la beb dengan Menteri kat negara kita ni yang bengong,,lagak macam pandai sangat..tu la semua tu nak nama je yang dia orang pikir,,tak tahu nak menghargai nama Mokhtar.

Sepatut nya la nama nama padang Bola ke,,Stadium ke,,gua bolih ajar sikit Menteri ngok tu,,
senang je la kalau nak kenang nama Mokhtar,,beri nama padang bola sepak kat bukit jalil tu nama Mokhtar ""STADIUM BOLASEPAK SUPERMOKH BUKIT JALIL'' baru lah sesuai kan kan kan..

Gua betul betul harap ada pihak pihak yg bangkit menyuarakan bantahan supaya ditarik balik nama Mokhtar tu,,sebab ia akan jadi sejarah,,nanti esok anak cucu lu orang ingat Mokhtar main Futsal,,betul tak beb gua cakap..

Kalau macam ni esok akan berlaku lak,, nama NICOL (squash laa) diletak nya kat padang HOKI,
Lee Chong Wei kat padang TENNIS,,, betul tak gua cakap beb,, apa lu orang pikir,,,
WAHAI MEREKA2 YG BERKENAAN TARIK LAH BALEK NAMA TERSEBUT,,,MEMANG TAK KENA PADA TEMPAT NYA..lebih2 lagi pada Menteri yang ngok tu,,,..
ADIOS..

Ahad, 16 Mei 2010

KOREA JUARA P.UBER,,CHINA JUARAP.THOMAS

KOREA telah berjaya menewaskan China untul muncul sebagai Piala Uber,,kali pertama dalam sejarah Korea menadi juara.

CHINA sepaerti yg diduga telah muncul sebagai juara dengan mengalahkan Indonesia 3-0,, walaupon tewas Indonesia telah menunjukkan permainan yang menarik dengan semangat juang yang tinggi ..Tahniah kepada pemain INdonesia...(pemain Malaysia he he he,,tau2 je lah)

JUmpa lagi 2 tahun dari sekarang.

Jumaat, 14 Mei 2010

SAYONARA PIALA THOMAS..MALAYSIA TUMPAS

HUAA...HUAAAA..HUAAAAAA ...HUAAAAA

TEPAT JAM 9.35 MALAM TITIK BERSEJARAH TUMBANG NYA MALAYSIA DENGAN MUDAH 3-0...KESEMUA PEMAIN TEWAS DENGAN STRAIGHT SET...MATA2 YANG DIPEROLEHI JUGA AMAT MENGECEWAKAN.

DATO LEE CHONG WEI MENGHAMPAKAN,,,,BERGU KHOO & PARTNER MENGECEWAKAN,,,WONG CHOON HAN MENDUKACITAKAN..

LU ORANG SEMUA DAH SAKSIKAN SENDIRI,,APA LU ORANG PUAS HATI KE DENGAN PERMAINAN MEREKA,,,KALAH ADAT PERMAINAN TAPI ,,ADA TAPI LAGI TU,,,,APAKAH BENAR2 MEREKA TELAH BERMAIN BERSUNGGUH SUNGGUH DENGAN PENUH SEMANGAT PERJUANGAN,,,LU ORANG NILAI LAH SENDIRI,,

ESOK KITA BACA AKHBAR,,BERBAGAI LAH ALASAN YG DIBERI,,DARI PEMAIN,JURULATIH DAN PEGAWAI2 BAM...WALHAL MEREKA SEMUA CUKUP YAKIN AKAN MENCAPAI KEJAYAAN,,,,BERMULA BAB POST MORTEM,,,,MULA LAH SIRI MENCARI PEMAIN2 PELAPIS,,,MULALAH KENYATAAN MULAI ESOK KITA AKAN MENYIAPKAN PASUKAN UNTUK PIALA THOMAS AKAN DATANG,,,,ALE ALE TIBA MASA PEMAIN2 TUAAA JUGA LAH YG DIPANGGIL...

ITULAH DIA BAM...TAK BERANI MEMBERI PELUANG DAN PENDEDAHAN KEPADA PEMAIN2 MUDA,,,SIMPAN LAMA LAMA DALAN PETI SEJUK,,

LU ORANG PON MESTI KECEWA KAN.. KAN.. KAN....
BETUL LAH RAMALAN GUA MALYSIA AKAN KECUNDANG...GUA BUKAN TAK PATRIOTIK ,,SAKIT TEKAK GUA JERIT2 BAGI SOKONGAN,,,TAPI APA KAN DAYA KECUNDNG JUA AKHIRNYA...EH EH MACAM NAMA LAGU LAK YA..

OK KITA LUPAKAN BADMINTON DAN KALAU ADA UMOR PANJANG KITA TUNGGU LAH DUA TAHUN LAGI...HE HE HE.......

ESOK KITA NGOMEL NGOMEL CERITA BARU LAK YE,,,APA KITA FOKUS LAK PADA BOLA SEPAK,,BOLA SEPAK,,BOLA SEPAK PIALA DUNIA YANG YANG BERMULA BULAN DEPAN,,WALAU PUN MALAYSIA TAK MASUK TAPI SEMUA ORANG MINAT BOLA SEPAKKAN,,

ADA YANG MINAT KAT BRAZIL,ARGENTINA,ENGLAND DLL,,,,ADA YANG NAK TENGOK BINTANG KESAYANGAN BERAKSI SEPERTI ,,RONALDO,,RONNY,,,TORES DLL...

OK LAH GENG SAMPAI SINI DULU,,ADIOS

MAMPUKAH M'SIA TUNDUKKAN CHINA

Hari ni M'sia akan melalui jalan getir beb,,apa tidaknya China bukan mudah nak di tundukkan,,disini lah nak buktikan pemain Msia memang nya kuat,,gua rasa kalu Msia menang dgn China ,,,Piala Thomas digenggaman..

Gua ingat kalau menang mata 3-2...kalau kalah 1-4,, dan kalau mata terikat 2-2 kat sini HaFizzzz perlu buktikan bahawa gaya,style lembut dan bersahaja ketika bermain bolih memberi kemengan,,pemain China yg nak dilawan ialah Bao Chun Lai,,baru lah setanding ,,kalau menang gua tabikkkkkk beb,, kalau kalah ha ha _ _ _ _ _ _ _.

Ramalan gua Lee Chong mungkin bolih menang,,Khoo & partner 50/50,,Choon Han tewas,,Zakry tewas,,Hafizzzz tewas,, dan Msia tewasss. Tapi gua harap ramalan gua tak jadi kenyataan,, gua mau Msia menang,,pemain Msia bolih menang asalkan mereka bermain dengan penuhhhh semangat,,seluruh rakyat kan memberi sokongan,,Stadium dah tentu penuh,,apa lagi yg pemain mahukan,,mereka perlu fokus dan semangat yg jitu untuk menumpaskan China,,SELAMAT BERJUANG SEMOGA MENCAPAI KEJAYAAN,,.

Khamis, 13 Mei 2010

PIALA THOMAS MALAYSIA MENANG

Tahniah kpd pasukan Malaysia yang telah berjaya menewaskan Denmark walaupon perit yang penting menang,,tahniah pada Hafizzzzz yg menang hari ini,,walau pun pemain yg dilawannya bukan lah pemain handalan,,yang penting menang..sorri lah belum bolih puji lebih2,,kita tunggu dulu hari Jumaat bila bertemu China...

PASUKAN PIALA UBER TUMBANG

Pasukan Piala Uber Malaysia tumbang kepada Indonesia, dengan itu berakhir lah perjuangan pemain,,walau pon tewas syabas kerana telah bermain bersungguh ,,jumpa 2 tahun lagi,,

Rabu, 12 Mei 2010

HARI NI LAWAN DENMARK

TAK MAU KOMEN KITA TUNGGU PETANG NI,SAMA SAMA LAH KITA TENGOKKKK..

BUAT BAM

Wahai BAM ,,kamu lihatlah apa dah jadi psukan kamu,,memang dah diduga awal awal lagi, sekirannya ini lah pemain yang dipilih mewakili negara usah bermimpi jadi juara..sudah sudah lah tu mengharap pemain sama dari dulu..berilah peluang pemain pelapis beraksi ,,jangan disimpan dalam peti sejuk,,jangan tunggu sampai pemain utama cedera baru nak diberi peluang,,contoh pasukan Uber,,

Wahai BAM,,carilah pelapis tak kan nak mengharap Lee Chong Wei saje,,gajah pon mati kalau diarak kesana kemari,,banyak pertandingan nak dilalui setahun,,carilah pemain tak sama hebat seperti Koo dan Partner pon tak mengapa hampir pon jadilah,,biar kalah bolih diterima asalkan berjuang bersemangat,, kalah pon puas hati. Ini langsung tak melawan..adoiiii

Tak tahu apa nak cakap lagi,,

Selasa, 11 Mei 2010

JANGAN BERMIMIPIIIII JADI JUARA PIALA THOMAS

HAMPAAA, KECEWAAAAA, GERAMMMMM,,,MARAHHHHH,,,SAKITNYA HATIIIII,,,,MENYAMPAHHHHH,,,MELUATTTTT,,, APA LAGI NAK KATA,,,HOI KAWAN2 TOLONG LAHHHHH,,,ITULAH YANG DAPAT DILUAHKAN SETELAH MENYAKSIKAN PEMAIN2 PIALA THOMAS YANG DIHARAP MEMBAWA BENDERA NEGARA KECUNDANG,,TEWAS,,GAGAL,,KALAH,,,DENGAN J _ _ _N YANG KONON NYA JADI LAUK BUAT PEMAIN,,,RAMALAN KONON 5-0,,,4-1,,,SEMUANYA TIDAK MENJADI KENYATAAN...

LEMBIK,,LEMBAB,,,LEMBUT,,,MACAM SUTUNNNN,, LEBIH BAIK GANTUNG REKET PERGI BELAJAR MENARI,,,LAGI BAGUS..

JADUAL PERLAWANAN PIALA THOMAS/UBER

Gua nak mudah lu orang ,,gua bikin jadual perlawanan ;

Piala Thomas :

9 Mei

Kumpulan D - Indonesia lawan Australia
Kumpulan A - China lawan Peru
Kumpulan B - Malaysia lawan Nigeria
Kumpulan C - Denmark lawan Poland

10 Mei

Kumpulan D - India lawan INdonesia
Kumpulan A - Korea Selatan lawan Peru
Kumpulan C - German lawan Poland
Kumpulan B - Jepun lawan Nigeria

11 Mei

Kumpulan A - China lawan Korea Selatan -12 tgh
Kumpulan D - Indonesia lawan Australia - 12 tgh
Kumpulan B - Malaysia lawan Jepun - 6 ptg
Kumpulan C - Denmark lawan German - 6 ptg

PIALA UBER

9 Mei

Kumpulan B - Indonesia lwn Australia
Kumpulan C - Jepun lwn German
Kumpulan A - China lwn USA
Kumpulan D - Korea Selatan lwn Afrika Selatan

10 Mei

Kumpulan B - Denmark lwn Australia
Kumpulan C - Russia lwn German
Kumpulan A - Malaysia lwn USA
Kumpulan D - India lwn Afrika Selatan

11 Mei

Kumpulan B - Indonesia lwn Denmark - 12 tgh
Kumpulan C - Jepun lwn Russia - 12 tgh
Kumpulan A - Malaysia lwn China - 6 ptg
Kumpulan D - Korea Selatan lwn India 6 ptg

***SELEPAS PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN, UNDIAN BARU AKAN DIADAKAN UNTUK SAINGAN PERINGKAT SUKU AKHIR*****

KEPUTUSAN PIALA THOMAS/UBER 2010

THOMAS CUP - 10/5/2010

GROUP D - INDONESIA kalahkan INDIA 4-1
GROUP A - KOREA kalahkan peru 5-0
GROUP C - GERMAN kalahkan POLAND 5-0
GROUP B - JAPAN kalahkan NIGERIA 5-0

UBER CUP - 10/5/2010

GROUP B - DENMARK kalahkan AUSTRALIA 5-0
GROUP C - RUSSIA kalahkan GERMANY 4-1
GROUP A - MALAYSIA kalahkan U.S.A. 5-0
GROUP D- INDIA kalahkan SOUTH AFRICA 5-0

Isnin, 10 Mei 2010

CHELSEA JUARA LIGA PERDANA 2009/10

CHELSEA Juara Liga Perdana setelah dengan penuh bergaya menumpaskan WIGAN dengan jaringan yg sangat besar 8 - 0. Dengan itu Manchester United sebagai NAIB JUARA setelah menumpaskan STOKE dengan jaring besar juga 4-0. Berakhir Liga Perdana buat musim 2009/2010.

KEPUTUSAN PIALA THOMAS/ UBER 2010

PIALA THOMAS 9/5/2010

GROUP D - INDONESIA kalahkan AUSTRALIA 5-0
GROUP A - CHINA kalahkan PERU 5-0
GROUP B - MALAYSIA kalahkan NIGERIA 5-0 (menang tanpa bertanding)
GROUP C - DENMARK kalahkan POLAND 5-0

PIALA UBER 9/5/2010

GROUP B - INDONESIA kalahkan AUSTRALIA 5-0
GROUP C - JAPAN kalahkan GERMANY 4-1
GROUP A - CHINA kalahkan USA 5-0
GROUP D - KOREA kalahkan SOUTH AFRICA 5-0

Ahad, 9 Mei 2010

MALAYSIA MENANG MUUUDAH..

Yo Yo Malaysia menang perlawanan pertama menewaskan Nigeria 5-0. ha ha ha menang PERCUMA tanpa bertanding beb,,rupa2 nya pasukan Nigeria terlewat sampai..tak tahulah pukol berapa dia bertolak dari Nigeria,,ada juga berlaku macam ni.ya la manusia merancang Tuhan menentukan..tapi patutnya datangla awal...

Walau bagaimanapon kita tunggu perlawanan menentang Japan nanti ya..

SELAMAT HARI IBU

Sempena HARI IBU gua mengucapkan SELAMAT HARI IBU pada semua yang bergelar ibu khas nya diMalaysia,,tak kira lah Ibu Tunggal ke, Ibu Tinggal ke, Ibu yang bermadu ke, asalkan bergelar ibu.. Semoga IBU2 kita seluroh Malaysia hidup dalam Kebahagiaan,Kegembiraan, Aman Damai,disayangi Suami,disayangi anak,disayangi menantu,disayang cucu,dan disayang semua makhluk Allah,,jadilah seorang ibu yang Mithali,,kepada lu orang yang maseh ada ibu sayangilah ibu anda tanpa ibu lu orang tak lahir kedunia,,,gua yatim piatu tiada ibu dan ayah, kecian gua kan kan..

Gua ada gak jenguk2 blog dan forum, ada yang kata tak perlu sambut hari ibu,,kerana ikutan dari agama lain,,so WHAT SAY U...patut ke tak patut kita menyambut nya..ada yg kata tiap hari bolih sambut hari ibu,,tu lah masing punya pandangan la beb...

Kalau tanya gua,,jawab nya apasalah kita sambut hari ibu,,kita sambutlah dengan cara kita dan budaya kita,,jangan lah dikaitkan dengan agama lain..salah ke satu hari khas buat Ibu,,kalau takda hari ibu nak harap mendapat ucapan dan doa dari anak bukan semua bolih buat,,hari Ibu anak 2 bolih berkumpul ramai raikan ibu kita,,kalu dak susah anak2 nak berkumpui,masing masing sibuk keroja,,tinggai pun jauh Ibu kat utara anak kat selatan,,serupa macam Raya la. kalu takda Raya ada yg tak balik kampung lawat ibu kot,,

Sekurang2nya bila sambut hari ibu,,kita dapat gembirakan hati ibu,,bukan nak bagi hadiah besak2 beb,,ibu pon tak minta hadiah besak2, bukan duit ibu mintak beb,,cuma ibu2 ni nak tengok anak hidup bahagia,,tak caya tanya lah ibu lu orang.

Kalau yg ada ibu tu ,pii lah balik jumpa ibu, gua gerenti ibu lu orang misti suka..mesti tersenyum pandang kat lu orang bila lu orang sampai..
Sayangi lah ibu anda...

JOO BONG BERHARAP JAPAN KESEPARUH AKHIR

Kehadiran Jepun kali ini diharapkan dapat memberi saingan kepada lawan dengan sasaran Jepun akan keseparuh akhir.

Sandaran kali ini diletakan dinahu pemain perseorangan Kennichi Tago serta dua pasangan bergu Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata dan Kenichi Hayakawa/Kenta Hazuno.
Dua tahun lepas mereka hanya berjaya ke suku akhir dan kali ini harapan nya neseparuh akhir.

Beliau mengakui yg Malaysia mempunyai kekuatan yg menyeluruh berbanding pasukan nya tetapi beliau tidak akan mudah tunduk tanpa memberi saingan. Dan beliau amat yakin Tago akan dapat menewaskan Lee Chong Wei kali ini. Pertemuan keduanya pasti berlangsung dengan sengit.

Selain Tago perseorang kedua dan ketiga beliau akan memberikan tentangan sengit,,seperti Kayushi Yamada dan Shoji Sato.

LEE CHONG WEI KAPTEN PASUKAN

Kapten pasukan Piala Thomas Lee ChongWei mahukan pemain menghapuskan sikap individualistik menjelangnya saingan esok..menurut Lee pemain tidak seharus nya mempunyai sikap begitu kerana ini permainan berpasukan.

Beliau juga mahukan setiap pemain menurut segala arahan jurulatih,,dan berbincang untuk meningkatkan tahap permainan..beliau akan pastikan semangat pasukan sungguh jitu ,,dia akan pastikan setiap kali waktu makan pagi atau tengahhari semua pemain bersama jangan ada yang tertinggal, begitu juaga sewaktu menaiki bas sentiasa bersama kata nya.

Itulah semangat yang kita harapkan sebagai kapten pasukan supaya Lee dapat membentuk semangat bersatu dalam pasukan.

HAFIZ MERAYU SOKONGAN PEMINAT

Hafizzzz Hashim pemain perseorangan ketiga negara benar2 mengharapkan agar peminat badminton memberi sokongan padu dan memberi kepercayaan kepadanya untuk meraih kejayaan dalam membantu pasukan negara.

Gua ingat kali ini peminat kena beri peluang pada Hafizzz la..jangan ada yang mengejek atau mengeboo beliau sewaktu sedang bermain kerana bolih mengganggu rentak permainan beliau. Kalau dah lepas game bolih nak boo ke..kesian dia,,,lu orang kena ada semangat patriotik sikit laa..walau bagaimanapon kita mintak Hafizzz main bersungguh sepenuh jiwa dan tenaga,,jangan lah main sambil lewa macam tak bersemangat,,wahai Hafizz kau sebenarnya bolih ,,kau punya segala nya,,tubuh badan yg amat sesuai dalam badminton ,,tapi semangat kurang dan mungkin gugup dengan lawan dan seolah tak yakin dengan kebolihan sendiri,buangkan sikap rendah diri dan yakin lah pada diri bahawa kamu bolih menewaskan siapa saja..peminat nak lihat setiap gam e akan berpihak kepada kamu..peminat tahu hargai jika tewas setelah berhempas pulas digelanggang,,seperti mana semangat yg ditunjukan olih pemain lain.

SAINGAN PIALA THOMAS BERMULA HARI INI

Hari ini perhitungan Piala Thomas bermula,perlawanan pertama Malaysia menentang Nigeria.
Nigeria tidak terkenal dalam Badminton ,,pasukan Malaysia sudah tentu mudah akan menewaskan Nigeria dengan mata penuh 5-0. Harapan peminat supaya pemain memberikan fokus 100 % untuk menewaskan Nigeria dengan mata penuh. Selamat berjuang..

Sabtu, 8 Mei 2010

INDON NAK MENANG DUA GELARAN

Indonesia mahukan pasukan nya memenangi dua gelaran Piala Thomas dan Uber ke negaranya selepas begitu lama tidak menjulang piala tersebut.Kali terakhir Indonesia memenangi PIala Thomas pada tahun 2002, dan uber pada tahun 1996.

Skuad Indonesia berada dalam kumpulan D bersama Australia dan India.
Kedua pasukan ini tidak akan memberi tekanan pada skuad mereka untuk meneruskan perjuangan ke pusingan berikut nya.

YONG BO MAHU KE FINAL BERTEMU MALAYSIA

Ketua jurulatih China menyatakan pasukan akan ke Final dan akan menentang Malaysia. Misi mereka hanya satu ingin merangkul kedua dua piala Thomas dan Uber. Bagi Yong Bo kalau mereka mendapat tempat kedua itu adalah kegagalan bagi mereka.

Pasukan dari tembok besar itu telah memenangi Piala Thomas sebanyak 7 kali dan Piala Uber 11 kali, dan mereka adalah juara bertahan 2 tahun lalu ketika di Jakarta.

Katanya Malasyai juga mempunyai peluang yang baik apatah lagi bermain dinegara sendiri,pertemuan diFinal nanti adalah sesuatu yang menarik. Harap dapat bertemu Malaysia katanya.

2 HARI LAGI AKHIR PIALA THOMAS

Hari Ahad ini akan bermula lah Pertandingan Akhir Piala Thomas..dan Pasukan Malaysia akan menentang Nigeria..sebuah pasukan yg gua rasa tak langsung memberi tekanan pada Malaysia..dah tentulah Malaysia akan menang 5-0 ..

Seterusnya lawan Malaysia di perlawanan kedua ialah menentang Jepun yang dikira akan mendapat sedikit tentangan,,tapi walaubagaimana pun gua harap Malaysia tidak ambil mudah bila bertemu Jepun,,jgn terlalu over confident,,Jepun yg dianggap underdog mungkin bolih memeranjatkan Malaysia.

Jepun punyai pemain yang mantap,,jangan kita lupa beb,bagaimana peritnya Lee Chong Wei ketika menentang Kenichi Tago di England tempoh hari..tapi pada pandangan gua LEE CHONG WEI akan dapat menewaskan Kitaro. Gua harap itu HAFIZZZZ akan benar2 FOKUSSSSss pada setiap perlawanan nanti..persembahan habis memang membimbangkan la beb..begitu juga dengan pemain lain..dengan kehadiran Misbun dan Rashid gua rasa akan dapat membantu pemain2 dan kasi semangat sama dia orang.

Pemain2 Malaysia jika dapat merangkul Piala Thomas akan mendapat habuan beb,,gua kira tentu lumayan beb,,baru itu ROSMAH umumkan siang tadi beb,,gua ingat adalah satu guni sorang kot..biarlah beb itu dah rejeki dia orang,,kita ni sebagai rakyat nakkan menang aje..

Pasukan China dan Korea yang baru tiba tak membuang masa beb,,diaorang terus saja adakan latihan masing2,, gua misti nonton itu Lindan..Lee Yong Dey beraksi beb..
Mari semua rakyat Malaysia bagi sokongan pada pemain2 kita untuk merangkul Piala Thomas,, ramai2 ke Stadium..
Adios...

Jumaat, 7 Mei 2010

3 HARI LAGI AKHIR PIALA THOMAS

Tinggal 3 hari lagi Piala Thomas 2010 akan bermula,,gua dah tak sabar nak gi tengok kat Stadium,,jom la beb kita turun ramai ramai bagi sokongan pemain kita,harap2 tahun ni Msia dapat pulun lawan habis habisan..supaya dapat tutup mulut mulut yg celupar tu,, yang tak mahu dan tak yakin pada pemain Msia.Pengkritik sukan yg keluar kat TV pon ramai yg tak yakin Msia akan menang..lu orang macam mana beb..kita tunggu je la 3 hari lagi..

Gua ingat mau cite cikit kat sini sementara nunggu hari ahad ni apa kata gua cite pasai Pahlawan Melayu dolu dolu..kita tukar topik sikit relak kan kepala otak kita ye..gua nak cite pasai Pahlawan Melayu TOK JANGGUT..sekarang ni pon ramai kat negara kite ni ramai yg mengaku Pahlawan Melayu konon..bela melayu konon..POOOOrah..nyampah..kita pedulikan dia orang tu semua,,dia org tu Pahlawan poket..pahlawan pangkat jgn dengar cakap dia orang semua..bukan Pahlawan Melayu tapi PEMUSNAH MELAYU..betul beb gua cakap.. ok lah kite sambung kesah TOK JANGGUT..

TOK JANGGUT ni nama sebenar nya HAJI HASAN BIN PANGLIMA MAT MUNAS,,lu org tengaok nama bapak dia pon Panglima,, lu org tau kenapa di panggil TOK JANGGUT,, ha tu la tak tau kan kan,, ok gua kasi tau sebab nya ialah TJ ni dia simpan Janggut hingga keparas dada..panjang tu beb,,kalah benggali ooo..

TJ ni sekolah kat Mekah , dia ni pandai bersilat belajar dengan TOK KU PALOH..
TJ ni dolu dolu menentang Inggeris sebab nya org Puteh kenakan cukai,,lupa lak nak kasitau TJ asal Kelantan..lu tau apa yg dicukai,,dengar macam kelakar tapi betul...antara cukai yg kena bayar ialah ;

# cukai kepala la beb,,satu kepala RM1.00 setahun.
# Pokok buah pon kena cukai sebanyak 3 sen setahun.
# Cukai kelapa 3 sen setandan.
# Cukai sireh 3 sen sejunjung.

Lu org jgn ketawa beb,,betul betul tu..itulah satu diantara sebab TJ menentang org Puteh..itu dulu beb tapi ni org Melayu sendiri perintah pon kita kena bayar cukai lagi banyakkk,,semua benda kita kena bayar cukai,,takda pon Pahlawan Melayu tu nak lawan lagi sokong adalah kan..kan..dia org semua setuju cukai GLC di jalankan,,,habis kita lagi parah,,itulah pembela Melayu..ke keke..

TJ dengan geng2 dia sepakat lawan Org Puteh,,,biasa lah kan bukan semua melayu ni nak sama2 lawan..masa tu Kelantan ditadbir olih En Latif yg bekerja dgn orang puteh (Inggeris British) Lu tauuu si Latif ni arahkan polis menangkap TJ yang diketuai olih Sarjan Sulaiman,,maka berlaku lah pertempuran akhir nya Sarjan Sulaiman mati dibunuh.

Lepas tu TJ mula kumpulkan geng2 dia,,berangkat ke Pasir Puteh,,si Latif tadi lari ke Kota Bharu..dia org ni pulak dapat bantuan dari Singapura dan Negeri2 Melayu Bersekutu terus menuju kePasir Puteh nak tangkap TJ..maka pada 25 Mei 1915 berlakulah pertempuran sengit di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh..Sultan Kelantan pon dah takut dgn TJ,,lalu TJ telah dituduh sebagai PENDERHAKA..kesian beb,,

Sedih beb dalam pertempuran tu TJ telah terbunuh,,mayat TJ tu dibawa pula ke Kota Bahru naik KERETA LEMBUU beb,,makan masa sehari baru sampai..gua sedihhh betul la mayat TJ digantung beberapa hari depan Istana Padang Merdeka (Padang Bank) sebelum dikebumikan diPasir Pekan..kesiankan..

Tu lah dia,, gua cakap tadi Melayu ni dulu lagi dah macam tu,,samalah sekarang ni...konon2 pembela la,,cisss tunjuk lah keris tak bersarung tu..POOOrah,,siap pakai baju pendekar lagi,,cium lak keris lagi,,la ni timbul lak lagi pembela Melayu tengah berkokok kokok serata tempat...pooorah,,gua tak mau tulis banyak2 la nanti lu org boring lak baca kan kan...tapi gua kasi tau cite TJ tu betul lagi benar bukan cite katun...

Jadi kesimpulan nya org yg macam TJ tu kalau ada sekarang ni pon macam tu lah jadi nya..dan lagi Melayu sendiri lah yg akan hancukkan Melayu..bak kat NABIL...LU PIKIAK LAH SENDIRI...sekian cite gua harap2 dapat released sikit otak kita...Adios//

Khamis, 6 Mei 2010

4 HARI LAGI AKHIR PIALA THOMAS (SEDIH)

Menjelang 4 hari lagi sekali lagi berita sedih kita terima,,Misbun Sidek pula disyaki dihinggapi H1N1,,sudah tentulah sedikit mengganggu persiapan akhir pemain,,tapi itulah yg terjadi,,walau bagamanapon sama samalah kita berdoa mudahan Misbun akan sembuh secepat mungkin,,begitu juga keluarga Rashid...Aminnnn.

Gua nampaknya kena sambung cikit lagi cite pasai Supermokh,,pasai ada kawan2 kita yg tak kenai ngan Mokhtar dan ada yg bertanya serba sedikit,,jadi gua nak cite lah sikit untuk pengetahun kawan2,,.

Nama - Mokhtar Dahari
T.lahir - 13/11/1953
Tpt lahit - Selangor
Tarikh Kematian - 11/07/1991

Mula mewakili M'sia 1972 hingga 1985, Selangor 1971 hingga 1988,pernah mewakili PKNS, TALASCO, KWONG YIK BANK.
Pada tahun 1976 mendapat pengiktirafan sebagai PENYERANG TERBAIK ASIA olih Majalah World Star Soccer.
Kaps antarabangsa sebanyak 167.
Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia sebanyak 10 kali.
Jaringkan GOL Piala Malaysia sebanyak 177.
Jaringkan Gol Antarabangsa sebanyak 125.

1971 wakil Selangor di Piala Burnley disarawak, menjaringkan gol pertamanya.
1973 wakil Msia ke pra piala dunia diSeoul..Juara Pestabola Merdeka lawan Kuwait, menang 3-1 mokhtar jaring 1 gol.
1974 Menjaring gol terbanyak lawan Filipina LIMA GOL di Sukan Asia Teheran.
1975 Wakil Msia lawan ARSENAL menang 2-0 Mokhtar jaringkan kedua dua gol.
1976 Kaps ke 100 di Pestabola Merdeka lawan Jepon
1977 Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976
1977 Pingat Emas Sukan Sea kalahkan Thailand Mokhtar jaring 1 gol
1978 Menentang England B, seri 1 -1 ,Mokhatar jaring 1 gol
1979 Kahwin dengan Tengku Zarina
1979 Pertahankan Pingat Emas Sukan Sea kalahkan Indon 1-0 jaringan Mokhtar
1980 Naib Juara P/Bola Merdeka tewas ngan Maghribi
1981 Menerima Kad Merah pertama sepnjang karier ketika menentang Singa.
1982 Menegtuai Selangor menentang Boca Junior
1985 Pra Piala Dunia kalah kpd Korea 0-2
1986 Juara Piala Malaysia
1986 menghadiahkan JC Keramat no 10 kpd Raja Muda Selangor
2000 Menerima Darjah Indera Mahkota Pahang dgn gelaran DATO'
2001 Menerima Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz dgn gelaran Dato'

ITULAH DIA LAGENDA PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA DATO MOKHTAR DAHARI..

OK lah geng..dah malam ni ,,ngantok dah gua tidor dulu yaaaa,,lain kali gua NGOMEL2,,.

Rabu, 5 Mei 2010

SUPERMOKH YANG KU KENALI


Gua boring2 ni gua ingat nak cite sikit sama lu orang pasal SUPERMOKH ni beb..
Ya beliau Allayarham MOKHTAR DAHARI..Al-Fatehah...
Gua kenal Mokhtar ni beb dari zaman kanak2 lagi beb..rumah dia dgn rumah gua lebih kurang 300 meter je jauhnya..betul beb gua tak tipu..satu kampong..Mokhtar ni beb dari kecik dah main bola..sekolah rendah terus sekolah menengah,,oh lupa lak gua junior dia..kat kampong gua ada padang beb tapi nak pembangunan nya pasal sekarang padang tu takda beb dah jadi jalan lah beb ada flyover lagi..gua kalau balik kampong teringat lalu kat bekas padang tu kadang2 teringat gak..ok beb sambung lagi Mokhtar ni ari2 pergi padang. bukan pukol 5 ptg beb tapi pukul 3, 4, dia dah turun,,lu tau dia bolih main bola sorang2 tengah panas tu beb,,dia gentel bola sorang,,lari bawa bola,,tendang kuat2 beb sampai tiang gol sebelah,,dia lari pecut pula ambik bola,,dia memang kuat lari beb., kita orang tengok je tepi padang bawah pokok relak2, dia tak peduli beb apa orang kata..Zaman sekolah menengah banyak lah liga kampong,,selalu ada game,sabtu ahad misti ada game,,kalau tak liga misti ada friendly match ,,Mokhtar main untuk kampong dan kelab Garuda,,sapa dengar Garuda je misti ngeri pasai Mokhtar ada,,biasa lah beb kelab Garuda selalu menang lah kalau lawan kelab lain,, tengok fizikal Mokhtar jam tu pon dah ngeri,,lu orang tengoklah otot2 paha dia tu..muscle keluar2 beb,,tangan keras,lari macam lipas kudong.. tu la tak sia sia beb dia training hari2,,tak silap gua umor dia 17 tahun dah main untuk Selangor,,tak silap Ghani Minhat panggil dia...lepas tu terus je main Malaysia. Mokhtar ni bagus walau dah main tuk Msia, kalu dia ada masa balik kampong misti turun padang campur main,,lagi lah jauh standard dia beb,,tu la baguih nya Mokhtar ni tak sombong.
La ni tak tau sapa pengganti Mokhtar,,nampaknya 20 tahun lagi gua ingat pon takda kot..kalau pemain2 la ni tak da nampaknya yang setanding Mokhtar,,gua heran la dulu semua tak cukup tapi depa main baguih,,la ni apa yg takda..semua ada..gaji besak,,elaun besak,,kereta depa pon besak besak,,tapi main hampeh..betul beb gua cakap...dulu ha depa pi training naik motor je..la ni naik kereta menjalak..
Dulu gua ingat tu Azman Adnan bolih ganti Mokhtar,,baguih mula2, ale ale hancuk. Pastu gua ingat ada tu mamat Kedah tu lupa nama dia. masa tu timbui juga mamat Perak tu,,apa nama lupa juga,, ha yang Kedah tu Rizal apa ka..haaa ingat dari Perak tu Khalid Jamlus,,timbui Inderaputra,,la ni tak tau sapa yang bagus,,tapi semua depa tak dapat standard Mokhtar. woih jauh beb standard depa. La ni sapa yg bagus ada ka.. yang kembak tu bolih lah mainn..kalau standard jauh dari Mokhtar. Tu yang gua heran dulu depa main tuk state ka atau Msia ka..depa main bertahun tahun..lani dua tiga kali main M'sia pas tu hilang,,setahun main pastu hilang,,gua tak pafam la beb,,samapai kita pon tak kenai pemain M'sia,,pasai asyik dok tukak..la ni kalau gua tengok nombor JC gua tak kenai tuan nya,,kalau dulu beb semua orang kenai,,gua ingat lagi nombor JC..betoiii kalau tak silap gua..nombor 10 Mokhtar, 9 James Wong, 8 Isa Bakak,7 Kang Hang meng, 6 Shukok Salleh, 5 Santokh Sing, 4 lupa,,3 Soh Chin Aan, 2 kalau tak silap Reduan abdullah, 1 Arumugam.. ha 11 Hassan Sani.. Kalau tak caya lu orang chek.. La ni golkeeper M'sia pon ramai yang tak kenai..
Jadi tu la sikit sebanyak yang gua ingat pasai Mokhtar,,hai memang sampai bila la nak jumpa pengganti..pesan gua pada yg muda2 tu yg mana main bola tu, main la sunggoh2 noo, buat latihan kuat,,jgn nak tunggu coach mai baru nak training,, tak bulih lagu tu,,mesti masa training tu kita lebihkan,,inisitif sendiri kuat semangat untuk negara baru lah bulih berjaya..ok sampai sini dulu gua ngantuk la..nak pi tidok sat..esuk pagi2 nak kereja. Adios...

Selasa, 4 Mei 2010

5 HARI LAGI AKHIR PIALA THOMAS

Hanya tinggal 5 hari saja lagi ..Hari ini ISN mengesahkan kesemua pemain,pegawai dan anggota yg terlibat terus dlm misi bagi merampas Piala Thomas bebas dari H1N1..walau bagaimana pon Rashid,Isteri dan anak masih dirawat dihospital swasta..
Ari ni gua kasi tahu sikit pencapaian Dato Lee Chong Wei..

Lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town Penang..menetap di Bukit Mertajam. Beliau seorang peman Professional. Antara pertandiangan yg dimenangi nya dari 2009..

* juara Malaysian open 2009
* n/juara Korea open 2009
* n/juara All England 2009
* juara Swiss Open 2009
* juara Indonesia open 2009
*juara Malaysia Open GP Gold 2009
* SemiFinal China Master 2009
* juara Hongkong Open 2009
* juara BWF Masters Final 2009
* Juara Korea Super Sereis 2010
* juara Malaysia Open ss 2010
* juara All England ss 2010

Adios..

Isnin, 3 Mei 2010

6 HARI LAGI AKHIR PIALA THOMAS

Berita terbaru di terima Rashid,Isteri,dan Anak masih dalam rawatan di hospital...semoga beliau segera sembuh seperti sediakala...amin

Sedikit latar belakang dan pencapaian RASHID dalam dunia Badminton..
Abdul Rashid Mohamed Sidek atau nama manja ADUL..dilahirkan pada 8 Julai 1968 diKancong Darat Banting Selangor. Bekas pemain perseorangan lelaki bertaraf dunia di era 90an. Anak bongsu drpd 5 beradik. Pada 1980 beliau menjadi pemain yang termuda memenangi Kejohanan Badminton Junior Kebangsaan pada usia 12 tahun..

Antara Pencapaian :
**Juara Sukan Komanwel 1990, 1994
**Juara Terbuka Malaysia 1990, 1991, 1992
**Juara Kejohanan Badminton Asia 1991, 1992
**Juara Piala Asia 1996
**Juara Pusingan Akhir Grand Prix Dunia 1992
**Juara Piala Thomas berpasukan lelaki 1992
**Naib Juara Terbuka Malaysia 1994
**Juara Terbuka Brunei 1995
**Juara Terbuka Jerman 1996
**Naib Juara Seluruh England 1996
**Naib Juara Terbuka Raiwan 1996
**Gangsa Pingat Olimpik
Adios..

Ahad, 2 Mei 2010

7 HARI LAGI AKHIR PIALA THOMAS (GEMPAR)

MALANG bagi skuad Piala Thomas menjelang 7 hari lagi Pertandingan Akhir Piala Thomas,,
Ketua Jurulatih Badminton RASHID SIDEK, ISTERI dan ANAK PEREMPUAN beliau telah dikesan POSITIF dijangkiti H1N1,,dan kini sedang dirawat dihospital....sama sama lah kita doakan semoga RASHID DAN KELUARGA NYA segera semboh dan pulih sepenuh nya..AMINNN.

Gua harap BAM akan ambil tindakan SERIUOS dalam menangani wabak tersebut...supaya pertandingan ini terus meriah seperti dirancang,,jangan lah hanya membuat kenyataan 'TERKAWAL..TERKWAL..TERKAWAL"sedangkan semua akan menjejaskan sedikit sebanyak persiapan..adios


***********

Menjelang 7 hari lagi gua rasa tidak apa yg boleh kita komen ..diwaktu semua pemain sedang menjalani latihan ..apa yang kita harapkan tidak ada pulak pemain yang tercedera.. gua nak ngomel sikit ASAL Pertandingan Piala Thomas ni..mungkin lu orang ada yg tak tahu,,hanya sekadar untuk menambah pengetahuan sape2 yang tak tahu je..

Kejohanan Piala Thomas ialah Kejohanan UTAMA BADMINTON antarabangsa untuk berpasukan lelaki..berlangsung setiap 2 tahun. Kejohanan ini diberi nama PIALA THOMAS sempena nama bekas PRESIDEN BWF iaitu SIR GEORGE ALAN THOMAS yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama pada tahun 1948-1949.

Pusiangan kalah mati menentukan juara..LIMA perlawanan , 3 PERSEORANGAN dan 2 BEREGU pada setiap satu peringkat..Pasukan pertama yang berjaya menang 3 perlawanan pertama mara kepusingan berikut nya.. tulah sedikit sejarah nya...

SEMOGA RASHID DAN KELUARGA AKAN CEPAT SEMBOH..

Sabtu, 1 Mei 2010

SEJARAH PERMAINAN BADMINTON

Gua nak cerita sejarah permainan Badminton,,mungkin lu orang ada yg tahu,,ada juga yg tak tahu kan kan......

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini....ok tu lah sejarah nya...adios

8 HARI LAGI AKHIR (Jadual Perlawanan)














\







Sumber : malaysiafootball-dimos.blogspot.com












LIGA EUROPA

Gua kecewa sikit la beb,,gua punya favourite team LIVERPOOL dah tewasss lah,, tak gi Final ,,gua minat liverpool dari dulu jamtu Kenny Dalglish, Iron Rush hingga lah kini zaman TORES,,,tu lah gua frust tahun ni takda piala depa menang,,gua pon minat ENGLAND la beb..
tapi walau bagaimana pon Fulham kefinal,,bolih lah tengok final nanti ,,,kalau lu orang nak tengok jangan lupa FINALNYA pada 12 May 2010...Lu orang ngomel lah sikit pasai final ni..
ok beb cuci tangan berseh berseh sebelum makan tauu,,H1N1 mengganas semula...adios.

9 HARI LAGI FINAL PIALA THOMAS

Gua nak terima kaseh pada kau orang beri komen, maseh ramai juga peminat badminton...jangan lupa 9 hari lagi bermulanya final piala thomas...ramai ramai kita kestadium bagi sokongan kat pemain pemain kita..bior gegarkan stadium naikan semangat pemain...maruah Malaysia sebagai negara yang digeruni dalam Badminton satu ketika dulu kita kembalikan...tewaskan China,Denmark,Korea,,lebih lebih lagi Indon....gua angin betul beb dengan Indon kalau pi Stadium panas telinga beb....

Ini gua analisis sikit pasal pemain kita..
LEE CHONG WEI gua rasa bolih dapat 1 point...mainan nya nampak konsisten tapi kalu jumpa LINDAN gua ingat 50/50 la beb...tapi kalau pemain lain tu gua ingat dia bolih pukol la.....
WONG CHOON HAN gua tak gerenti dapat point sejak kebelakangan ni selalu tewas kalau tak silap gua sekali je dia lepas suku akhir...gua ingat susah beb kalau jumpa ranking satu sampai sepuloh....
HAFIZZZzzzzz ..adoi gua ingat magic la kalau dia bolih bagi satu mata...sepanjang gua ikut permainan dia gua ingat dia pemain yg paling lemahhhh lembut....kurang tenaga...tak cukup semangat perjuangan....gua tak kutuk dia beb,,gua mau kasi semangat sama dia,,,dia single ketiga jadi 1 mata amat penting kalau draw 2 sama..gua harap Hafizzzzz bangkitlah berjuang hingga titisan darah terakhir bak kata orang...semua peminat dan rakyat Malaysia menaruh harapan pada lu la Hafizzzz.
KOO KHENG KIAT dan partner...gua ingat 50/50 la nak dapat satu mata...dia orang pon macam yoyo gak...harap harap dia orang bolih bagi satu mata setiap game..
ZAKRY LATIP and partner lak....adoi pening gak kepala tengok game dia orang...harapan agar dengan sokongan semua depa berdua bolih buat sesuatu untuk dapatkan satu mata..
Itulah sikit analisis gua dari pemerhatian gua sejak setahun kebelakangan ....walau bagaimana pon harap harap mereka berjaya..berjaya...berjaya...jgn lupa turun ramai ramai keStadium ..

Khamis, 29 April 2010

NGOMEL NGOMEL PIALA THOMAS 2010




Yo Yo Demam Piala Thomas dah bermula..mari kita sama sama beri tumpuan kepada Pertandingan Piala Thomas yang akan bermula 9-16hb Mei 2010. Tapi gua heran lah pertandingan kali ni KURANG PROMOSI..KURANG PROMOSI..KURANG PROMOSI..tak macam dulu dulu..gua tak nampak pun billboard terpampang kat K.L. sedangkan 1Malaysia jadi tuan rumah..(what say u.) macam tak berminat je penganjur kali ni..Patut nya masa ni la kita PROMOSI habis habisan biar hangat sampai hari pertandingan....semua dok sebok BOLA PIALA DUNIA je...macamlah 1Malaysia masuk pertandingan tu...(betul tak) ..kita lupakan sekejap bola kita tumpukan pada Piala Thomas..kita rakyat 1Malaysia kena beri semangat pada pemain pemain supaya tahun ni 1Malaysia dapat gondol Piala Thomas..amacam setuju tak..

Tapi gua sikit gusar la...dengan pemain pemain yang ada tu bolih ke dia orang tu menang..lu orang pikir macam mana..ada can ke.....1Malaysia bolih pukol CHINA sama INDONESIA sama DENMARK sama KOREA....ayo yo susah beb..itu Lin Dan, Lee yong Day dan ramai lagi yang bagus bagus ....amacam dengan itu CHOONG HAN dan HAFIZZZZzzz.... .
Dato Lee Chong Wei gua tak risau..tapi itu Hafizzzz bikin perut kechut la...asyik tergolek je lepas menang ALL ENGLAND...tu la 1Malaysia ni takda pemain pelapis yang menonjol..asyik asyik muka tu je yang main walaupon kita nampak tahap mereka tak setanding pemain pemain luar...itu CHOONG HAN gua pun heran la bolih ke lagi pikul tugas berat tu..

Gua tengok pemain kita kurang semangat la...tengok Hafizzzz main adoi adoi letih beb...sakit jiwa
dibuat nya...kalah macam tak berjuang sungguh sungguh..
Tapi harap harap pemain 1Malaysia dapat buat sesuatu...gua banyak mahu NGOMEL ...tapi gua minta lu orang bagi komen la sikit kat pemain pemain kita tu ya....
Terdapat ralat dalam alat ini